Monday, February 19, 2018

Mandi-manda @ Bukit Gambang Water Park

Selepas separuh hari di Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu, kami sambung cuti kami ke next destination.

Plan asal nak pergi ke Tasik Kenyir nak tengok gajah. Walaupun saya ni rakyat Terengganu, tapi ke Tasik Kenyir tu saya belum sampai. Maklumla tahun ni baru hidup menetap di sini. Sebelum tu saya banyak merantau. Jadi masa sekarang ni la saya nak explore apa yang ada di Terengganu.

Dari hari birthday Atuk saya cakap kat family nak bawak diorang jalan-jalan tengok gajah kat Tasik Kenyir. Biasanya kalau plan awal ni susah nak jadi.So saya biar je sampai la ke pagi Jumaat baru saya survey-survey harga tiket masuk ke harga bot nak ke sana, apa yang menarik di Tasik Kenyir hanya pada pagi sebelum bertolak. Lagipun hanya dalam Terengganu so takda la kalut sangat.

Bila google punya google rasa macam alamak tak berbaloi pulak nak ke sana. Sebab kami hanya buat day trip jadi tak dapat nak enjoy semua yang ada di sana. Lagipun lepas buat kira-kira macam tinggi juga kosnya.

Jadi saya tanya suami "B, sayang survey tadi harga tiket nak tengok gajah sampai RM40 sorang, tu belum harga naik bot lagi. Nak pergi tengok yang lain-lain kena bayar lain pulak. Sayang fikir kita ke Gambang boleh tak B?"

Suamiku simple je jawab sebab dia pun mood holiday tengah on, "Okay mana-mana jelah, tapi ke Gambang tu 3 jam, kena bertolak awal-awal pagi ni lah"
Hehe ok Papa!

Nak bertolak awal tu memang tak berapa nak jamin la. Kalau pukul 8 pagi nak terus pergi memang mustahil. Sarah baru sampai dari Nilai waktu Subuh tu. Dia pun letih lagi. Yang lain-lain masih mengular di tempat tido. Dah bangun pagi tapi biasala cuti sambung tido lagi.

Atuk dengan nenek tak dapat ikut. Jadi yang pergi kami berenam saja; Mommy, papa, Acad, Chi Cheyni, Chi Chara dan Uncle Cici.

Saya bagitau kat adik-adik, Ok semua plan ke Kenyir cancel kita ke Gambang Water Park. Mandi manda di sana.

Nenek pun masak-masak siapkan bekal kami nak jalan-jalan. Terima kasih nenek.

Bersiap segala macam tu dalam pukul 10.30 pagi baru keluar dari rumah. Bergerak dari Seberang Takir, Kuala Terengganu ke Gambang. Kami lalu ikut highway.




Dalam pukul 2 tengah hari kami sampai ke Gambang. Horeyy!!


Disebabkan dalam Waterpark sana tak boleh bawak makanan luar masuk, kami makan di tepi parking kereta kami.

Siap-siap makan kami pun apa lagi...terus masuk la. Sebelum bayar tiket kami solat jamak taqdim zohor dan asar di surau sebab perjalanan kami jauh dari Kuala Terengganu. Kemudian kami ke tempat bayaran tiket.

Harga tiket RM38 seorang. Acad dapat masuk free sebab tinggi kurang 90cm. Baby lagi kan so free jelah.

Siap-siap bayar semua, kami taknak bertangguh lagi terus ke waterpark. Kena masuk melalui kedai. Acad sempat pow beli float untuk dia.


A post shared by A Mom who Share Story by Heart (@nasyaazman) on


Lepas tu disebabkan kami bawak banyak beg, nak sewa locker macam tak berbaloi sebab kena ambil banyak locker, jadi kami sewa satu pondok dengan bayaran RM70. Harga ni termasuk deposit RM10 yang akan dipulangkan bila dah keluar dari waterpark. Collect di tempat refund.


A post shared by A Mom who Share Story by Heart (@nasyaazman) on


Yang bestnya sewa pondok ni kami boleh berkumpul dan berehat pada satu tempat bersama barang-barang yang kami bawa tadi. Yang tak bestnya kami semua nak mandi, siapa nak jaga barang-barang ni semua? Haha
Terpaksala bergilir mandi dan jaga barang. Take turn!

Kalau ikutkan hati saya memang nak tinggalkan saja semua di pondok. Tapi suami berkeras cakap tak boleh, kena jaga. Nanti hilang segala tak berbaloi semua ni.

Okay. Saya pun taknak benda-benda tu jadi.

So saya bawak anak mandi dulu. Waah..bukan main seronoklah si kecik ni. Excited bukan main. Siap nak selamkan kepala sebab nampak budak-budak lain buat macam tu. Eh awak ni baby lagi. Kalau pandai berenang mommy tak kisah dik.

Then bawak dia naik gelongsor, jalan-jalan dalam kolam. Marah pulak bila mommy nak dukung sebab nak jalan dalam air. Nasib baik kolam tu tak dalam. Memang sesuai untuk kanak-kanak.

Lepastu saya balik ke pondok suruh papanya mandi manda. Leceh sikit terpaksa bergilir macam ni. Sepatutnya kami sewa locker kecik untuk simpan beg duit dan lain-lain barang berharga tapi kena tambah duit lagi la.

Tunggu adik-adik siap main, kami bertiga pula masuk. Boleh la kami bergambar bertiga juga.


A post shared by A Mom who Share Story by Heart (@nasyaazman) on


Kat dalam tu ada jual case untuk letak handphone dari terkena air. Tapi taknaklah beli. Kalau semua pun nak beli boleh bankrup juga. Hihi.

Dalam pukul 5.30 petang, kami rasa dah cukup mandi-manda. Memang tak dapat explore semua tempat sebab satu sampai lewat, satu lagi ada anak kecik ni tak boleh la nak main sakan sangat.

Dah siap bersihkan diri salin pakaian, pukul 6 petang kami keluar dari Waterpark. Hajat asal nak tengok Safari Park sama, tapi dah sampai lewat lain kali jelah.
InsyaAllah.



Enjoy @ Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu

Tadi pos tentang sambutan birthday atuk yang simple. Esoknya, hari Khamis kami  ke Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu (PSKT).

Viral dari warga Terengganu tentang PSKT ada banyak benda menarik untuk kanak-kanak dan orang dewasa juga. Kami pun apa lagi, dah alang-alang Khamis tu kami semua cuti sempena replacement Chinese New Year. Terus lancar je ke sana.

PSKT ni adalah tempat di mana pengunjung boleh belajar tentang sains. Ada banyak info tentang alam, tentang tubuh badan manusia, kimia, fizik dan banyak lagi.

Harga tiket adalah seperti berikut (pada Februari 2018):

  1. Dewasa RM 12
  2. Pelajar (umur 5-17 tahun) RM 10
  3. Pakej 2 dewasa dan 2 pelajar RM40 (termasuk Dome Theather)
  4. Tayangan 3D di Dome Theather RM2 seorang
  5. Science Kid RM2 seorang
Masa kami pergi tu, kami ada 3 dewasa, 1 pelajar dan 1 baby tapi dapat harga pakej yg RM40. 

Lepas dah bayar tiket kami pun apa lagi explore la semua tempat. Ada 3 tingkat. Setiap bahagian tu banyak benda boleh belajar sambil buat aktiviti. Seronok sangat-sangat. Acad pun excited betul lari situ lari sini tengok dan try semua game. Padahal dia tu kecik la lagi. Baru setahun 3 bulan, tapi nak mainnya macam orang besar. Haha. 

Papanya melayan semua. Game-game yang ada semua papanya try. Siap lawan lumba kereta dengan budak-budak kecik. Dan dia menang dengan 13 laps orang lain 4 je . Tak aci betul lawan dengan budak kecik kan. Haha.

Dalam Science Kid yang ada playground budak boleh main dalam tu. Ada banyak alat musik boleh main.

Uih, kalau nak cerita memang panjang.

Boleh view gambar dan video dalam album yang saya share di Facebook saya ni. 





Kami pergi sana jam 11 pagi. Kami solat dulu dalam tu kemudian sambung explore dalam PSKT.




Last sebelum balik kami nak tengok tayangan 3D dalam Dome Theather tu, masa masuk tu Acad dah macam takut-takut sebab gelap.

Mommy cuba pujuk-pujuk bagi susu. Bila start je tayangan terus dia melalak takut sebab bunyi terlalu kuat dan nampak benda tu macam bergerak ke arah dia. Adei..

Apa lagi, papa terus ajak keluar kesiankan orang lain takut terganggu. Tinggallah si adik berdua tu layan tayangan tu.

Keluar dari Dome Theather tu Acad baru lah rasa letih terus tertido di bahu mommy.

Kami pun bergerak balik rumah sebab perut pun dah sangat lapar dah pukul 3 rupanya. Balik makan nasi di rumah. Hehe.

Happy Birthday Atuk ke-55

Tahun 2018 ni walid a.k.a Atuk kepada Acad dah masuk umur 55 tahun. Rasa macam atuk muda nih. hihi.

Birthday Atuk jatuh pada 12 Februari malangnya semua pun busy sampai terlupa. Tapi Along ada wish birthday utk walid dalam group Whatsapp masa tu baru semua sedar. Atuk sendiri pun lupa birthdaynya. Haha. Dan yang lawaknya bila nenek mamai cakap "Ohh birthday walid semalam umi pun lupa." Padahal birthday haritu. Aduii semua mabuk tak ingat tarikh. Hehe.

Dulu masa saya kecik-kecik, kami tak sambut birthday. Maklumla bukan orang senang. Ummi dan Walid struggle besarkan anak-anak. Tapi bila kami anak-anak dah besar kami raikan birthday ibu bapa dengan buat makan-makan kat kedai makan, beli kek, sometimes beli hadiah. Just simple celebration.

Dan pada tahun ni, disebabkan 12 Feb haritu semua busy, maklumla hari Isnin, semua bekerja tak da sambutan birthday party for atuk. Balik-balik atuk cerita kat nenek dia pegi sambut birthday makan KFC sorang-sorang. Haha. Padahal nak makan KFC la tu..

Hari Rabu 14 Feb, saya pun ajaklah semua keluar makan malam. Kebetulan Syauqi pun dah balik dari asrama, jadi cakap kat semua jom pegi makan-makan sambut birthday Atuk.

Lepas magrib keluar, sebab nak beli barang dapur dulu di Pasaraya  Giant. Duk fikir-fikir nak beli apa la nak sambut birthday atuk ni. Kitorang pun beli la satu belon yang ada tulis Happy Birthday untuk atuk. Haha. Satu belon pun jadilaaa..



Acad bagi 1 je belon kat atuk. 


Kami plan nak makan-makan di Gudang Makang tu je. Pastu atuk cakap dia ada kerja lepas tu macam tak sempat nak ke sana. Husband pun ajak ke Pulau Duyung tempat makan steamboat kat kedai D'Ganu Steamboat. Kami pernah datang sini tahun lepas pun masa birthday Atuk jugak. Tapi masa tu Acad belum ada. Mommy dengan papa baru seminggu kahwin. Tahun ni repeat tempat sama dengan Acad ada bersama. Hihi



Mula-mula rasa macam taknak ambil lah set steamboat takut lari bajet. Tengok-tengok eh murah pulak set combo 6 orang makan cuma RM36 je. Apa lagi order jelah.

Selain steamboat tu kami order lah nasi goreng masing-masing sebab set tu tak banyak tapi enjoy la layan makan sekali dengan nasi goreng. Puas hati perut kenyang sebab nasi goreng pun banyak satu pinggan. Saya order nasi goreng tomyam. Tomyam untuk steamboat tu pun sedap.



Lepas dah makan-makan, kami ambil gambar di kawasan sekitar. Memang cantik pemandangan malam. Ada bot-bot nelayan. Ada satu jeti tu dihias dengan mentol-mentol kuning. Cantik sangat bila bergambar.

Jom layan gambar-gambar kami di sana.

Mommy, Acad & Papa

Last kami ambik gambar selfie beramai-ramai. Atuk sampai melangut nak tengok camera. HAHA
Alhamdulillah kenyang makan semua pun happy, tengok-tengok dah nak jam 12 malam! Nasib baik atuk dah cancel kerja dia tadi kalau tak memang tak sempat nak pergi. Dah la melayan si Acad tak duduk diam jalan ke sana ke mari. Tu pun dia tak mengantuk lagi.

Apapun, kami semua puas hati, total belanja cuma RM77 macam tu, kira murah dan berbaloi sangat.

InsyaAllah lepas ni boleh repeat lagi makan steamboat di D'Ganu Steamboat ni. Sedap dan puas hati.

Sunday, February 18, 2018

The hardship and Blessing of 2017

Sebenarnya dapat kerja dari rumah di Kuala Terengganu dengan gaji yg sama adalah nikmat yg terbesar Allah bagi pada saya.
Kalau sebelum ni masa di Kemaman, sy rasa macam kosong sangat sebab cuma ada suami, anak dan adik yg jaga anak ni. Sebab tu banyak balik kampung je bila weekend.
Kami pergi kerja pagi balik petang, kadang suami balik malam2. Jiran sekeliling tak sempat kenal. Kenal2 pun mcm tu jela.
Kat ofis haritu pun tak ramai kawan, sebab sy duk ofis client, tak banyak terlibat dengan diorang. Disebabkan perubahan relocation aktiviti utk client skop kerja sy berubah then terus tak ada interaction in terms of work dengan orang2 dalam tu.
Job suami pun on off masa tu lepas contract dia ditamatkan. Dia buat apa saja yg dapat cari income. Jadi fikir punya fikir takkan kami nak hidup macam ni selama-lamanya. Kami nekad nak pindah keluar dari Kemaman.
Masa tu memang struggle nak dapatkan job kalau boleh dengan gaji yg sama, kalau tak boleh pun takpe pandai-pandailah cari income lebih nanti. Kira positif je walaupun hati banyak gusar jugak.
Dengan penuh tawakal, sy bagi resignation letter. Masa tu ada menangis jugak sikit. Rasa dilema. Sedangkan kami ada je pendapatan di Kemaman tu, tapi rasa tak happy.
Sy doa pada Allah mintak digantikan dengan hal yg baik2. Sy mintak sebulat hati dengan Allah SAYA NAK PINDAH KELUAR, SAYA NAK PINDAH KELUAR, SAYA NAK PINDAH KELUAR supaya hidup kami anak beranak ni dapat explore banyak ilmu tentang kehidupan, dapat bersosial dengan harmoni dan menjadi ahli masyarakat yg saling support each other.
Bila dah bagi resignation letter tu, sy focus search job. Setiap hari setiap masa. Suami masa tu dah ada job yg dia boleh buat kt sini. Tinggal sy jelah yg nak cari utk diri sendiri pulak. Boleh kata setiap saat sy apply job dalam jobstreet, call orang tu call orang ni.
Tiba-tiba manager tanya kalau sy boleh teruskan kerja ni lagi tapi pindahlah ke KT tu.
Tapi manager sy perlukan approval client dulu, dan dia akan work for it.
Allahuakbar .. Saya tak tahu nak cakap apa dah masa tu. Sebak rasa hati.Allah dah bagi sy jalan keluar.
😢 Nikmat apakah yg Allah bg pada saya ni?
Sy sujud syukur. Manager cakap tunggu green light then sy boleh pindah keluar bawak semua peralatan kerja mcm komputer,printer internet dsb utk sy kerja. MasyaAllah. Sy cakap takpelah potong gaji saya sikit pun sy rela sebab benda yg diorang bagi dah lebih dari apa yg sy mintak. Tapi dia cakap tak, maintain the same. 😭
Dalam sebulan menunggu akhirnya sy dapat pindah keluar.
Dengan semangat baru, kami pindah ke Kuala Terengganu. Alhamdulillah. 3 bulan sudah bekerja di rumah. Segalanya lebih baik sekarang.
Saya harap sy boleh build real social network yg lebih baik di sini. Saya nak kenal ramai orang,berukhuwah fillah dan involve dengan segala hal-hal masyarakat setempat mahupun luar.
Assalamualaikum warga Kuala Terengganu. Kalau jumpa, tegurla saya 😊
Dan kawan-kawan dlm alam maya, kita pun boleh berukhuwah fillah dan support each other.
InsyaAllah.